Pasal Photo: Hiasan Semata-mata
Nak pergi tak ya? Musim hujan pulak sekarang ni! kerja kahwin banyak!? Hari tu dia dah salam aku RM50 ke RM100...tak ingat lah?? Bulan ni kurangkan belanja rumah maknya..banyak kerja kahwin ni!! Sampul..sampul...sampul..kamu ada...aku ada banyak ni ajerlah..segan pulak kalau tak bersampul!!??
Ini adalah cakap-cakap sebelum atau jika ada majlis jemputan kahwin. Satu maksud jer cakap-cakap ni..DUIT SUMBANG @ SALAM KERUK. Inikah yang harus berlaku untuk satu perkara yang amat dianjurkan oleh Islam iaitu satu ikatan pernikahan.?? Kekadang terfikir..orang Islam ke yang anjurkan semua ini. Yang lebih menyedihkan..hingga ada malu yang nak pergi jika duit tak berapa nak ada. Dan lagi terkeluar dari Islam anjurkan ada sesetengah yang mengatakan..."aku kalau sampai 4 @ 5 buah rumah..1 rumah RM5.00 dah. Patut ke tak patut ada yang komen "ada ke RM5.00..zaman sekarang RM5.00 apa yang boleh buat"?...amalan atau ajaran Islam ke ni? Islam sebenar kah Melayu hari ini?
ikut la kemampuan masing2 ye...itu hak masing2 nak bagi berapa...kuati aaaa..:D
ReplyDeletedah jadi adat sebenarnya ni bagi org melayu......
ReplyDeleteterlampau banyak adat kekadang kalau dipikir2kan jadi terlampau pulak....bila org kawin je mesti dlm otak "salam keruk"....sepatutnya Majlis tu kita panggil majlis kesyukuran....
Hulur lah mengikut kemampuan masing2, elok dlm sampul surat/paket - tanda setiakawan. Masalahnya, kekadang ada ekspektasi dari pemberi...Wallahualam.
ReplyDeletezihaniza..bila ikut kemampuan tu yang ada pelanggaran hukum dalam Islam..wajib datang bila dijemput..tapi bila time tak mampu...ingat orang akan datang ke tangan kosong???...malukan.
ReplyDeleteuncle ben..ini terus terang saya cerita semasa zaman muda saya...kami dijemput..ada yang bawa wang sumbangan ada yang tidak...yang tidak bawa...memang tak salam...sebab malu. Pengalaman saya sendiri..saya memang tak da packet atau wang ...masa salam malu saya keran tangan saya terasa dikeruk..maaflah kalau saya katakan bahawa ini perlu diubah ke yang Rasulluallah anjurkan...wallahualam
ReplyDeletepaste: tq 4 yr comment. dianggap ibadat yang akhirnya menjadi adat..maka perlu diubah dan ia memangnya sukar untuk kita ini melakukan hijrah...wallahualam
ReplyDeleteaku rasa budaya jamuan kahwin tu salah la...mmg la keluarga pengantin wanita kena anjurkan tapi mana pula peranan masyarakat untuk sama2 gotong royong dengan mendermakan rm10 seorang (beri masa salam)...jangan la harap pengantin lelaki yg tanggung semua kos melalui duit hantaran.
ReplyDelete