PatutKeTakpatut: Bila Cakap Pasal Islam..Kaitannya Orang Melayu??




                                                Pasal Photo : Sekadar Hiasan

Majoriti rakyat negara ini Melayu. Melayu yang lahir dan di kad pengenalannya Islam. Syukur aku dilahirkan dalam Islam. Bila isu sensitif dalam Islam disentuh..Melayu yang terasa dan akan bangkit. Namun sejauh mana kita orang Melayu mengusai ajaran dan tuntutan Islam itu sendiri??.. Cukupkah dengan hanya disentuh atau dicuit isu-isu sensitif mengenai Islam..Melayu sekadar pertahankan tanpa mengamalkan dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya.
Patut ke tak patut bila ada orang Melayu yang mengatakan bangsa lain tak perlu tahu atau sentuh pasal Islam...orang Melayu tahu nak jaga Islam???
Patut ke tak patut ada orang Melayu yang mengatakan..Alhamdulillah sembahyang aku 5 waktu cukup..puasa 30 hari aku cukup..haji aku dah 3 kali aku pergi...Zakat settle???
Patut ke tak patut Melayu yang Islam ini terlepas dari tanggungjawab menyebar dan berdakwah mengenai Islam terhadap bangsa lain yang ada di negara ini yang seterusnya menganggap urusan mereka dengan Allah telah dipenuhi??
Patut ke tak patut Melayu yang Islam ini membiarkan bangsa lain di negara ini terus-terusan menganuti agama yang bukan Allah restui??

PatutKeTakpatut: Makan Gaji Kerajaan, Kutuk Kerajaan??



Pasal Gambar : Gambar Hiasan Sahaja

Mungkin post aku yang ini agak kurang dibaca...samada sebab bukan orang kerajaan atau macam terkena batang hidung sendiri. Aku bukan apa...kekadang penat mendengar mereka yang bekerja dengan kerajaan..zahirnya memang orang kerajaan lah tapi...bila pekena kopi ke teh..macam bukan orang Malaysia atau keja dengan kerajaan lagi. Ada saja lah modal nak dicari kutuk kerja atau keputusan kerajaan. Yang lagi rasa taik telinga ni nak kuar..lepas dah kutuk baik punya cilok..'dah le aku nak cucuk gaji le..pencen le..kerajaan cepat bagi gaji bulan ni'..duit tu la nak beli beras, ikan, ayam, garam,gula,susu anak.
Yang sedap lagi dah beli barang keperluan dengan gaji hasil bekerja dengan kerajaan..sambung balik kata siapa sokong kerajaan 'kafir'..yang makan duit kerajaan tak pulak nak digelarnya. Patut ke Tak Patut??
Kalau pendirian kita ni tetap...bekerja dengan majikan yang tidak betul dan kita merasakan bertentangan prinsip diri kita....tegas...berhenti saja lah..keluar cari kerja lain. Patut ke Tak Patut??
                                        

PatutKeTakpatut: Mengamalkan Ucapan Sebenar Memberi Salam??

Pasal Foto- Gambar Hiasan

Asamekom..Salam...Semekom ..dan lain-lain lagi ucapan selamat ke atas kamu diberi atau disapa. Perkara ini nampak kecil tapi rahmat dan berkat sebagai  hasil yang sepatutnya kita perolehi  dari ucapan yang dianggap tidak serius  akhirnya menjadi sia-sia.
Jika ilmu yang aku dapat,  mengatakan ucapan salam
yang sebenar ATAU ATLEAST dan dianjurkan oleh Sunnah adalah ASSALAMUALAIKUM..maka adakah patut ke tak patut ucapan cacamerba yang ada sekarang ini??..Wallahualam.

PatutKeTakpatut: Maruah Manusia Dipelihara?

Tentang maruah bukan aku nak perkatakan  tentang maut disengat tabuan..tapi apa pun takziah juga kepada keluarga mangsa.
Yang aku nak katakan di sini ialah kisah AIM tu. Memang Yuna terpaksa bersikap profesional. Namun bila kita memikirkan akan maruah senang cerita air muka dialah kan..sedih dan kecewa sudah pasti.
Patut ke tak patut hanya mengaku ada kesilapan dan meminta maaf sudah cukup untuk menjaga maruah seseorang.
Patut ke tak patut maruah Yuna dijaga??

PatutKeTakpatut: Bila Anak pompuan Kata: Eee..Abah Pakai Baju Pink?!


Anak bongsu ku yang banyak celoteh dan suka kritik abahnya..Nayli

Aku sekali sekala beranikan diri menghentam baju pink..hihi
Nasib baik ada bukti lain lelaki aktif bersukan menyarung  jersi pink...selamat abah

Aku adalah sehelai dua t-shirt 'pink colour'..bukan minat tapi saja nak match dengan surihatiku kalau keluar makan atau pergi ke pasor..hihi.
Anak bongsu pasti akan mengkritik la kalau aku berpakaian pink. Kekadang dia sampai kata.."tak nak la jalan sebelah abah..segan..abah pakai pink!..perghhhh..bisa..hahaha.
Dalam zaman serba mencabar ini korang rasa patut ke tak patut kita pupuskan tanggapan seperti anak kecil ku ini yang beranggapan...pink...perempuan..asal pink ajer...perempuan. Nayli..Nayli ...anak abah..:)

PatutKeTakpatut: Dikatakan Minda Masih Rendah dan Tidak Berubah??






Gambar2 ini berkaitan secara langsung dengan post aku sebelum ini : PatutKe Takpatut: Macammana Nak Maju, Jika Taraf Fikir Kita Tak Maju2...mengenai penunggang motor yang mementingkan diri sendiri. Dan ini lagi satu contoh tabiat manusia yang taraf fikir mereka masih di takuk lama dan sememangnya tidak pernah fikir untuk memajukan diri.
Senario ini kita boleh lihat di mana2 pasaraya dan pusat beli belah. Lihatlah makcik Guard yang sepatutnya dia mengawal bangunan dan pelanggan..tetapi demi emudahan orang ramai..kerja tambahan terpaksa dilakukan.
Patut ke tak patut ini yang kita alami jika hendak maju??
Setidak-tidak nya fikirkan lah jika troli ini bersepah2..mak atau bapa mereka yang tua nak lalu atau nak parking bagaimana. Patut ke Tak Patut??

PatutKeTakpatut: Perdana Menteri Malaysia Bersedih dan Kecewa??

Keratan sebuah akhbar tempatan aku ambil di satu sudut yang kecil dalam akhbar tersebut tapi individu yang terlibat besor dan tinggi jawatannya iaitu Perdana Menteri Malaysia.
Tak perlu publisiti besar dan diletakkan di ruang muka depan dada akhbar..tapi tak tahulah pula kalau PM kita makan nasi bungkus di warung samada ada pihak yang akan dengan ikhlas memberi publisiti pada PM kita..:)
Ceritanya maksud PM dalam keratan tersebut pada pandangan aku mudah..beliau juga 'low profile' dalam ertikata lain maksud tersirat..beliau PM pun insan biasa jugak yang tak terlepas dari ujian.
Yang aku respect, beliau seorang yang tidak pernah melenting walaupun kecanggihan teknologi telah menyebabkan maruahnya tercalar.
Beliau amat sedar siapa beliau di sisi Penciptanya.
Kesabaran beliau amat tinggi. Sifat ini yang perlu kita jadikan contoh sebagai seorang Islam.
Cuma aku tertanya-tanya..patut ke tak patut perkara Haji yang PM kita buat kerana Allah, telah dipersendakan oleh sesetengah pihak?!

PatutKeTakpatut: Artis Wanita Malaysia Sesejuk Mata Memandang?

                                                  Pasal Foto : Irma Kini dan Moga Selamanya
Perubahan artis wanita ini amat aku hormati dan sanjungi. Dia bagaikan tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Senyumannya sejak bertudung kini amat jelas menzahirkan jiwanya yang ikhlas untuk berubah (ditambah dah memang dia lawo!!..hihi).
Apa lagi harus ku katakan..syukur Irma usaha kamu telah menyebabkan kamu dianugerahkan..bukan award FFM, bukan award Berita Harian dan bukan award Anugerah Skrin TV3..tapi anugerah Hidayah dari Penciptamu yang semua manusia di dunia patut impikan dalam hidup.
Patut ke tak patut..ia dijadikan contoh oleh celebriti2 di luar sana???

PatutKeTakpatut: Harimau Malaya Terunggul dalam bolasepak ASEAN





Patut ke tak patut korang rasa aku abadikan Lagu ini dalam blogku ini sebagai meraikan detik sejarah pasukan Harimau Malaya 2011 memenangi dan seterusnya mempertahankan kilauan emas bolasepak di Sukan Sea.
Detik Kemenangan Hasil Perjuangan : 11.30pm : 21/11/2011
Patut ke tak patut mereka ini memenangi Emas???

PatutKeTakpatut: Nama Minuman Ini Ditukar??

Dalam cuaca panas begini ianya pasti menarik untuk di order.
Namun wajarkah Lai Chi Kang sejuk ini dengan harga RM1.50 semangkuk Dsanacafe ini ditukar nama ke nama Melayu yang lebih komersial?? Patut ke tak patut ya??

PatutKeTakpatut: Kita Menghukum Orang Yang Sanggup Tanggung Dosanya?

Simpati aku terhadap minah ni. Mungkin dah boring dan fed-up selalu sangat perbuatan nya disensasikan..tu yang terpacul kata2nya seperti di atas. Ini sebab dia 'public figure' tu yang kata2nya boleh keluar paper.
Malahan dalam masyarakat biasa..kata2 macam ini dah selalu aku dengar. Lebih kurang ayat macam ni iaitu 'kubur masing-masing..so jangan nak jaga tepi kain orang ya'.
Untuk 'public figure' nii..betul kamu cakap dosa kamu tanggung sendiri tetapi kamu rasa patut ke tak patut sebagai saudara seislam kami membiarkan saja kamu begini..ikhlas dari aku..aku doakan Allah ampuni kamu..dan kami sayangkan kamu sebab itu kami sentiasa ingatkan diri kami dan kamu.
Selagi kami hidup..selagi itu tanggungjawab kami yang Allah bagi iaitu ingat mengingatkan... kami akan laksanakan..Patut ke tak patut aku cakap macam ni ya???

PatutKeTakpatut: Kelapa RM3.00 Sebiji???

Masak lemak cili api, laksa Johor, kari, lemak pucuk ubi dan macam-macam lagi la masakan Melayu yang tak dapat cilok daripada kelapa. Kekadang nak jugak buat research.. siapa le orang Melayu pertama yang reka menu2 yang berkaitan dengan kelapa ni.
Sudahnya..anak cucu tok ni yang nanggung..harganya dan paling haru..kolestrolnya.
Sekarang sebiji kelapa usahkan RM3.00..sikit hari RM4.00 pun boleh cecah.
Dah lah tu bab memilih kelapa ni pun banyak kerenahnya pulak!!!.
Korang fikirlah sendiri patut ke tak patut nak layan sangat si KELAPA nii.!!!!

PatutKeTakpatut: Isteri "PERIOD"..Suami jadi mangsa??





Pasal Foto: Gambar Hiasan

Aku nak gantikkan istilah "period" ini dalam bahasa Melayu macam tak pandai..biarlah ramai senang faham so gunalah 'period'..:)
Memang kaum lelaki tak tau apa perasaannya bila dalam keadaan begini. Mungkin itulah rahsia di sebalik Pengetahuan Allah Yang Maha Esa Yang Lebih Mengetahui CiptaanNYa.
Kekadang sukar untuk kaum lelaki untuk menyesuaikan diri dengan keadaan isteri atau wanita yang sedang..dot dot ni.
Kebanyakan wanita atau isteri memang 'mood temper' ajer kalau berkeadaan begini. Bagi isteri nak layan suami kalau tak ya ya..nak marah ajer. Tak tahulah patut ke tak patut suami ni jadi tempat lepas 'mood temper' isteri2 yang period ni..komen lah ya

PatutKeTakpatut: Perkara Nampak Baik Tapi Dosa Yang DiTanggung??

                     
Pasal Foto: Gambar Hiasan
Tahlil Arwah hari Pertama, ke-2, ke-3 ke-40 ke-100??-Islam Tegah
Kita lihat amalan bertahlil atas kematian seseorang itu tiada masalahnya malah dilihat satu perkara yang baik.
Penetapan hari2 tertentu untuk bacaan tahlil atau kenduri arwah rupa-rupanya amat bertentangan syariah. Namun amalan ini kalau kita bangkitkan akan hukumnya...tentangan yang amat keras akan kita terima dari warga yang lebih emas dari kita. Sebab apa?? sebab ia itu dah adat dan perkara pun perkara baik.
Patutke tak patut bila kita dikatakan..inilah golongan muda..malas nak beramal!!.
Ilmu bagi golongan emas ini sentiasa di cari tetapi jika ilmu yg didapati itu bertentangan dengan adat..maka ilmu itu dipinggirkan. Patut ke tak patut??? Perkara nampak baik tapi dosa yang ditanggung.



PatutKeTakpatut: 47.39 Trillion Hutang..Belum Campur Hutang Nyawa ya!!

Patut ke tak patut jumlah hutang ini. Patut la banyak bantuan tertangguh untuk negara2 yang mengalami masalah kebuluran.
Rupa-rupanya negara 'Uncle Sam" ini kebulur berhutang.
Pihak2 yang bersekongkol dengan 'negara polis dunia' ni..lihatlah USA yang telah membunuh pemimpin2 Islam demi tamakkan dunia.
Patut ke tak patut hukuman yang setimpal diberi kepada 'uncle sam' ini

PatutKeTakpatut: Orang Demam disorongkan Bubur Nasi Laut Merah??

Bubur nasi ini dimakan bersama dgn daun bawang, bawang goreng isi ketam dan pastinya membuat 'terangkat' ia dimakan bersama sambal udang garing.
Patut ke tak patut ianya dijual pada harga RM2.00
dan pastinya hanya boleh didapati di sebuah kedai kopi dalam sebuah kampung di Gersik Ledang iaitu Dsanacafe,,

PatutKeTakpatut: Pertandingan dan Hobi Melayu Yang Merugikan

Perasan tak perasan tak tau la akan hal ni. Ianya satu promosi atau makluman melalui akhbar yang nampak tak salah pun pada pandangan mata kasarnya.
Pasal apa sebab dah jadi kebiasaan atau hobi ramai.
Tapi bila kita pergi lebih dalam lagi yakni pandangan Islam, u all rasa patut ke tak patut.
Entah la..dah adat n hobi tadi tu..hentam n abaikan ajer la..patut ke tak patut hal pertandingan burung ni ya???
http://abuikhwan.blogspot.com/2011/01/apakah-hukum-hobi-bela-burung.html

PatutKeTakpatut: Macam mana nak maju, jika taraf fikir kita tak maju2

Kalau korang lihat foto ini hanya merupakan seorang budak lelaki yang meningkat remaja yang tentunya punya cita2 untuk miliki motor sendiri..
Tidak..tidak bukan itu niat foto ini diambil. Ianya ku snap sambil memikirkan bagaimana kereta aku nak kuar dari parking sedangkan motor depan tu berkunci.
Situasi ini sering terkena pada pemilik2 kereta. Sah2 parking tu parking kereta..parking motor sudah disediakan tapi oleh kerana 'pentingkan diri'...pii lantak lah kereta. Kekadang kita ni pemakai kereta nak masuk parking...tau dah ada parking..tengok2 ada sebiji motor parking kat situ.
Bukan merendahkan pemilik motor..aku ni pun bukan orang senang..cuma korang rasa patut ke tak patut rakyat negara ini mental nya masih tak berubah.
Perkara kecil pun susah nak berhijrah..apatah lagi perkara yang berat. Patutke takpatut.??

PatutKeTakpatut: Abu Mayat dibuat Manik..

Mungkin proses ini tidak menjadi masalah bagi mereka yang menyanjung teknologi. Namun adakah patut ke tak patut..manik2 yang dihasilkan melalui kaedah ini dipasarkan di Malaysia??
Terutama bagi orang-orang Melayu yang beragama Islam.
Boleh anda bayangkan manik-manik dari abu mayat ini dijahit dibaju anda??
Patut ke tak patut kita mengambil perhatian akan hal ini???

PatutKeTakpatut: PKNS hapus padang demi pangsapuri dan shopping kompleks




Gambar Ihsan Kosmo-terimakasih

Macam-macam hal Selangor ni. Kasihan masyarakat Selangor. Perumahan haram banyak. Tak cukup tanah..padang pun padanglah!!
Elok kita sedang mempromosi dan galakkan gaya hidup sihat..ada pulak pihak yang menggalakkan gaya hidup kaku hingga sanggup hapuskan sebuah padang untuk beriadah.
Mungkin ada yang merasakan tak patut...anda sendiri bagaimana..patut ke tak patut??

PatutKeTakpatut: Suami Gaji Seciput,Isteri Belanja Tak Ingat Dunia

Bukan suka-suka ..tapi ada isteri2 yang tidak menghiraukan pendapatan suami itu sikit atau pun ciput.
Dia dok belanja and mintak..lantak lah suami gaji korang cam mana..penting mintak dapat.
Patut ke tak patut isteri yang macam ni bersikap macam ini!!??
Bukan tak leh mintak..tapi...jgn lah melampau hingga lupa diri ketika berbelanja

PatutKeTakpatut: 153 Perumahan Haram di Selangor!!!

Tak faham akan situasi ini. Penilaian dan kelulusan awal siapa yang bertanggungjawab??
Patut ke tak patut..jumlah ini dikesan hasil pemantauan dan aduan rakyat. Pantau yang bagaimana sampai 153 projek ni???!!.
Tidak lupa..ia juga hasil dari aduan rakyat. Rakyat atau pembeli dah perhabis duit baru nak pantau ke??
Patut ke tak patut rakyat yang menanggungnya!!!??

PatutKeTakpatut: Masterchef Malaysia dihentikan siarannya!!!??

Semua sedia maklum akan hal Chef ini. Kekecewan dan kemarahan seorang bapa terhadap anaknya yang dikatakan 'menipu' sukar diselindungi.
Jika benar ada unsur penipuan..patut ke tak patut program Masterchef Malaysia ini DIHENTIKAN??

PatutKeTakpatut: Persediaan Kemudahan dikata Menyambut Musibah??

Pasal Foto: Tanda Aras Banjir (foto ehsan: safwanstudio-terimakasih-sekadar hiasan)

Sejak sebulan yang lepas, kiri dan kanan jalan kampungku sudah dipacak penanda aras banjir.
Itupun setelah diramalkan hujan berlebihan turun berbanding 2006 sebanyak 20%-40%.
Ini semua untuk persediaan dan berjaga-jaga
Patut ke tak patut! ada pulak yang cakap macam tak berfikir..'apa ler kerajaan ni..tanda banjir ni pulak dipasang..macam raikan nyambut banjir pulak..u all patut ke tak patut kata2 ni..???

PatutKeTakpatut: Zaman sekarang Rewang Kerja Kahwin??




Seronok dan meriah rasanya suasana dalam sebuah majlis perkahwinan di kampungku baru2 ni.
Namun percayalah..lama kelamaan ianya akan pupus jika ianya tidak mendapat sokongan setiap peringkat umur lapisan masyarakat.
Patut ke tak patut jika ianya lenyap ...generasi pada hari ini saja wajar dipersalahkan???

PatutKeTakpatut: Perjuangan Penkid, Lesbian dan Gay..bukan Tyson Gay ya..

Ini apa cerita ni!!!..Patut ke Takpatut duduk dalam sebuah negara Islam tapi benda yang nak diperjuangkan bagai duduk di Barat.
Esok-esok..entah-entah..berjuang pulak minta satu pulau untuk bebas berbogel..u all rasa patut ke tak patut nii!!!....

PatutKeTakpatut: 10000 langkah..baru dikira aktif???

Pasal Foto: Patut ke tak patut tanggungjawab ketua kampung sekarang bertambah berat??? 





Pasal Foto: Umur Pak Aji tu 80 lebih..ehh..terus melangkah..sokong program yang penting

Pasal Foto: Patut ke tak patut ikut ni..??


Pada pendapat  u all...patut ke tak patut yang muda dan yang tua seperti dia orang ni melakukan 10000 langkah setiap hari untuk kekal sihat dan aktif...??


PatutKeTakpatut: Pengemis Pun Dapat Peluang Meniaga

Aku bukan tak sokong hal ni tapi..patut ke tak patut?? Aku terfikir akan adanya pihak-pihak tertentu yang menggunakan kesempatan ini untuk menipu. Lagi pun di negara kita ni...sindiket pengemis ni masih bergerak aktif dan adakalanya sukar dikesan.
Entahlah..u all rasa patut ke tak patut???...

PatutKeTakpatut: Roti Kukus hanya RM2.00!!!???

Pasal Foto: Kilat keemasan struktur luaranya bila siap dikukus...ummph!!
Pasal Foto: ermmmm!!..diselaputi mentega dan kaya..ouuch!!...panas..panas

Hanya boleh didapati di sebuah warung terletak di pekan kecil di Muar..menjadi perhatian dan menu kegemaran bagi pengunjung2 yang datangnya dari KL dan Singapura.
D'sanacafe nama warungnya!!!
Patut ke tak patut ya kalau hanya RM2.00 sahaja...????!!!