PatutKeTakpatut: KAHWIN: Suami Aku Hak Aku...Isteri Aku Hak Aku !!!!!


Gambar - Sekadar Hiasan

Perkahwinan? Ada lelaki ada perempuannya. Sebelum perkahwinan?..Ada keluarga lelaki, ada keluarga perempuan..ada mak dan abah lelaki.. ada mak dan abah perempuan. Dah Kahwin?.. Syukur..tereratlah dua buah keluarga yang akhirnya..terdirilah Sunnah. Namun, satu persoalan wujud yang memang pasti membawa ketidakpuashati. SELALU!!.
Merujuk pada situasi tanggungjawab anak, terutama anak lelaki ( biasanyala)..terhadap orang tua, lebih2 lagi bila ibubapa dari pihak lelaki yang tiba2 jatuh uzur dan lagi merancakkan masalah ini anak lelaki tu satu-satunya anak lelaki yang dianugerahkan Allah kepada ibubapanya. Kerap kita dengar..cakap-cakap belakang bukan orang lain tetapi dari isteri Hang Suami atau keluarga isteri begini.." Kenapa suami aku ajer..kenapa mak mertua atau adik beradik perempuan suami aku tak jaga??!!..Begitu juga sebaliknya jika ianya berlaku di pihak keluarga isteri..Hang Suami akan berkata.." mak bapak awak bukan ke ada anak lelaki..anak lelaki lah jaga"..
Patutke tak patut perkahwinan antara uda dan dara..lelaki dan perempuan..yang sememangnya dianjurkan oleh Islam..cakap2 seperti ini wujud???

PatutKeTakpatut: Orang Kaya Sahaja Yang Meminum Air Yang Bersih??


Bukan pasal politik atau apa..Kelantan sumber air tak bersih dan tak tahu lagi lah negeri mana yang sumber airnya tak bersih. Di jamin bersih dan selamat ke air kita yang diproses oleh Jabatan Bekalan Air?
Hari ini, pemasangan penapis-penapis air dah jadi fenomena biasa di rumah-rumah samada bandar, pekan atau kampung. Contohnya seperti photo di atas. Ada banyak lagi contoh-contoh lain di pasaran jenis-jenis penapis air.
Untuk makluman, penapis di atas dipasang di luar rumah. Sebelum air kita gunakan di pili, air paip akan ditapis di sini. Seminggu sekali ia akan di cuci dengan cara yang telah ditetapkan.
Patut ke tak patut, semasa cucian.. air yang akan keluar dari saluran cucian berwarna sperti air teh 'o' pekat??
Maka aku terfikir patut ke tak patut 'colour' itu yang keluar sebagai mewakili 'kotoran' yang menandakan bekalan sumber air negara ini tidak bersih?
Patut ke tak patut setiap rumah dipasang akan penapis seperti ini yang beribu RM harganya??
Patut ke tak patut ada bajet khas dari kerajaan untuk pemasangan penapis seperti ini bagi menjamin kesihatan rakyat terpelihara??

PatutKeTakpatut: Gunung Ledang Johor Sedang Mengalami Kecacatan Kekal??

Pandangan Sawah Padi Berlatarbelakangkan Gunung Ledang

Pandangan Gunung Ledang dicacatkan Tarahan/Runtuhan

Kecacatan Gambar Jelas Berlatarbelakangkan Gunung Ledang

Saudara saudari ku, gambar ini ku ambil di kampung ibubapa ku di Sawah Ring. Kawasan ini popular di kalangan pasangan pengantin untuk diambil photo mereka sebagai kenangan seumur hidup mereka. Ia terletak di kawasan Ledang dan mengambil masa 40 minit memandu dari bandar Muar. Ianya pemandangan semulajadi yang amat cantik kerana ia berlatarbelakangkan Puncak Gunung Ledang yang tersimpan lagenda dan mitosnya tersendiri.
Cuma...masa aku kecil..gunung ini 'clean'..tiada tompokan. Namun sejak beberapa lalu ada kesan terokan ka @ runtuhan yang semakin lama semakin membesar sehingga jelas seperti dalam photo di atas dan bagi diriku ia amat membimbangkan. Kalau gambar anak2 itu jelas di sebelah kanak2 yang memakai tudung itu.
Pastinya aku berasa sedih dan kecewa dengan keadaan ini melihat ciptaan Allah ini 'diconteng' (andainya) oleh mereka yang aku rasa lupa akan fungsi gunung diciptakan Allah di muka bumi ini.
Patut ke tak patut satu tindakan diambil bagi mengatasi masalah ini? Bagi ku..ia satu perkosaan yang amat sedih terhadap alam semulajadi seandainya tangan manusia yang lakukannya. Tolonglah kerana kawasan 'tompokan' ini semakin membesar...:(

PatutKeTakpatut: Kelas Agama Tak Miss..Persembahan Pada Allah Miss??


Gambar-Gambar Sekadar Hiasan

Pada zaman ini, perkembangan ilmu seiring dengan perkembangan politik dan ekonomi. Islam amat menuntut agar umatnya menuntut ilmu dan seterusnya mengamalkannya dan maksud di sini ilmu yang berfaedah yang mana akhirnya ilmu yang berfaedah ini menjadi bekalan diakhirat ini sebagai amal jariah yang berpanjangan sekiranya penyampai atau pemberi ilmu sudah tiada satu hari nanti.
Dalam beramal, kita perlu mencari ilmu agar amalan kita diperbaiki dan ditingkatkan supaya menjadi lebih cantik dan menarik di sisi Allah. Ada ustaz berkata..'mudah-mudahan ilmu yang kita dapat pada hari ini akan perbaiki cara solah kita setidak-tidaknya sebagai contoh perbandingan... ilmu kita dapat semasa di darjah satu dan ilmu yang kita dapat semasa umur kita 40 tahun...insyaallah'. Maka pelbagai kitab digunakan dalam mencari kesempurnaan tingkatan amalan untuk kita persembahkan pada Allah...pasti!!.
Namun adakah patut ke tak patut..tiap-tiap minggu kelas dihadiri..jika orang lain tidak hadir maka dikatakan orang itu rugi tetapi pada masa yang sama ilmu yang diperolehi langsung tidak diamalkan untuk perbaiki amalan diri.
Patut ke tak patut dalam mencari kesempurnaan untuk persembahkan pada Allah dalam solat..disampaikan ilmu tersebut..dengar dan lihat dalam majlis ilmu..namun masih jua tidak mahu mengamalkan dalam solat sebenar. Terutama dalam perkara sunat. Bila ditanya mengapa tidak amalkan masih sama ajer...alah! sunat!. Patut ke tak patut ilmu yang dicari dan diperolehi namun tidak diamalkan???

PatutKeTakpatut: Sebelum Lelaki Beristeri Lebih Satu DiLabel "CURANG"?


Pasal Foto : Sekadar Hiasan

Janganlah beranggapan apa2 akan isu ini. Mungkin ada yang tersinggung..aku minta maaf ya. Aku ni pun namanya ada blog..cuba untuk sama-sama ajak berfikir dan kalau perlu berubah kita ubah. Aku tertanya-tanya akan mengapa seseorang itu curang? Adakah curang itu ianya dilabelkan atau bagaimana? Kalau wanita yang sudah berkahwin..sory ya..kalau ada hubungan lain ianya dilabelkan curang tapi patut ke tak patut bagi lelaki yang sudah berkahwin juga dilabelkan curang?? Bukanlah aku lelaki menyokong manusia bernama lelaki semata-mata cuma sekadar mengajak berfikir?
Maaf sekali lagi, bagi lelaki yang beristeri dua @ tiga @ empat adakah sebelum status ini tercapai..patut ke tak patut dipanggil ianya curang. Contoh terdekat..ada seorang isteri pada awalnya kemudian berkawan dengan seorang wanita lain..ok stage ini patut ke tak patut diri lelaki atau suami ini dilabel curang..ok kalau dia berkahwin..hilang terus curang tu dan begitulah seterusnya sampai lah yang dia termampu.
Bukan lah gunakan agama dalam bab ini..tetapi Islam itu mengizinkan jika mampu..patut ke tak patut lelaki tersebut dilabelkan curang??

PatutKeTakpatut: Basikal 'Fixie' Berada Di Atas Jalanraya???



Pasal Foto: basikal 'fixie'-gambar hiasan

Aku ni minat mengayuh basikal. Aktiviti muda2 dulu. Tapi mountainbike la. So dah lama la nampak budak2 kampung aku ni naik satu trend basikal kini...'fixie' nama diberi. Aku duduk depan kedai aku..aku lihat ada yang tak kena pada basikal ni apabila di jalanraya!?? Aku tanya kawan2..basikal ni kalau dia orang naik..cammana dia orang brek?? coz aku tengok tak dak brek!!. So kawan aku kata perlahan2 la guna kaki. What?? guna kaki?? Aku tak tahu la samada patut ke tak patut basikal ini digunakan di atas jalanraya tetapi rasanya tak patut sebab ada maklumat aku perolehi..ada pelajar dikampungku, tanpa pengalaman dan latihan yang cukup..jatuh ketika menunggang basikal jenis 'fixie' ini diatas jalanraya dan kukunya pecah. Patut ke tak patut ya??

PatutKeTakpatut: Salam Keruk @ Duit Nyumbang Majlis Perkahwinan???






Pasal Photo: Hiasan Semata-mata

Nak pergi tak ya? Musim hujan pulak sekarang ni! kerja kahwin banyak!? Hari tu dia dah salam aku RM50 ke RM100...tak ingat lah?? Bulan ni kurangkan belanja rumah maknya..banyak kerja kahwin ni!! Sampul..sampul...sampul..kamu ada...aku ada banyak ni ajerlah..segan pulak kalau tak bersampul!!??
Ini adalah cakap-cakap sebelum atau jika ada majlis jemputan kahwin. Satu maksud jer cakap-cakap ni..DUIT SUMBANG @ SALAM KERUK. Inikah yang harus berlaku untuk satu perkara yang amat dianjurkan oleh Islam iaitu satu ikatan pernikahan.?? Kekadang terfikir..orang Islam ke yang anjurkan semua ini. Yang lebih menyedihkan..hingga ada malu yang nak pergi jika duit tak berapa nak ada. Dan lagi terkeluar dari Islam anjurkan ada sesetengah yang mengatakan..."aku kalau sampai 4 @ 5 buah rumah..1 rumah RM5.00 dah. Patut ke tak patut ada yang komen "ada ke RM5.00..zaman sekarang RM5.00 apa yang boleh buat"?...amalan atau ajaran Islam ke ni? Islam sebenar kah Melayu hari ini? 

PatutKeTakpatut: Segala Macam Nikmat Dah Dapat..Tapi Sembahyang Tak Buat





                                            
                                            Pasal Gambar: Sekadar Hiasan
Nak lahirkan rasa syukur...asasnya senang ajer...sembahyang. 24 jam sehari atau 1440 minit..ambil 50 minit jer sabagai tanda syukur akan nikmat mata, telinga, hidung, lidah, kaki, tangan..kira sebahagian nikmat asas yang memang bangun tidur ...inilah yang kita dapat. Dan Allah minta hak dia 50 minit saja tapi Allah kata kalau kamu tak buat Allah tidak mengurangkan sedikit pun kekuasaanNya malah Allah tiada pun kepentingan kalau kita tak sembahyang tapi jatuh pentingnya sembahyang ialah atas kita.
Itulah dengan nikmat2 dapat berjalan, menaiki motor, makan dan hidung untuk bernafas..patut ke tak patut kita ni tidak sembahyang??