Pasal Gambar : Gambar Hiasan Sahaja
Mungkin post aku yang ini agak kurang dibaca...samada sebab bukan orang kerajaan atau macam terkena batang hidung sendiri. Aku bukan apa...kekadang penat mendengar mereka yang bekerja dengan kerajaan..zahirnya memang orang kerajaan lah tapi...bila pekena kopi ke teh..macam bukan orang Malaysia atau keja dengan kerajaan lagi. Ada saja lah modal nak dicari kutuk kerja atau keputusan kerajaan. Yang lagi rasa taik telinga ni nak kuar..lepas dah kutuk baik punya cilok..'dah le aku nak cucuk gaji le..pencen le..kerajaan cepat bagi gaji bulan ni'..duit tu la nak beli beras, ikan, ayam, garam,gula,susu anak.
Yang sedap lagi dah beli barang keperluan dengan gaji hasil bekerja dengan kerajaan..sambung balik kata siapa sokong kerajaan 'kafir'..yang makan duit kerajaan tak pulak nak digelarnya. Patut ke Tak Patut??
Kalau pendirian kita ni tetap...bekerja dengan majikan yang tidak betul dan kita merasakan bertentangan prinsip diri kita....tegas...berhenti saja lah..keluar cari kerja lain. Patut ke Tak Patut??
Belia kami amat mengambil pusing akan hal ini..berhenti ajerlah kerja dengan kerajaan kalau rasa duit hasil kerajaan ni semua dari sumber yang tak betul tapi tak jugakkk!!.
ReplyDelete