PatutKeTakpatut: Perdana Menteri Malaysia Bersedih dan Kecewa??

Keratan sebuah akhbar tempatan aku ambil di satu sudut yang kecil dalam akhbar tersebut tapi individu yang terlibat besor dan tinggi jawatannya iaitu Perdana Menteri Malaysia.
Tak perlu publisiti besar dan diletakkan di ruang muka depan dada akhbar..tapi tak tahulah pula kalau PM kita makan nasi bungkus di warung samada ada pihak yang akan dengan ikhlas memberi publisiti pada PM kita..:)
Ceritanya maksud PM dalam keratan tersebut pada pandangan aku mudah..beliau juga 'low profile' dalam ertikata lain maksud tersirat..beliau PM pun insan biasa jugak yang tak terlepas dari ujian.
Yang aku respect, beliau seorang yang tidak pernah melenting walaupun kecanggihan teknologi telah menyebabkan maruahnya tercalar.
Beliau amat sedar siapa beliau di sisi Penciptanya.
Kesabaran beliau amat tinggi. Sifat ini yang perlu kita jadikan contoh sebagai seorang Islam.
Cuma aku tertanya-tanya..patut ke tak patut perkara Haji yang PM kita buat kerana Allah, telah dipersendakan oleh sesetengah pihak?!

No comments:

Post a Comment