PatutkeTakPatut : Pasal Mikrofon Ajer..Selera Makan OUT!!!!

                                                        Gambar ni hiasan jer ..do..:)

Kerja kahwin..kerja kahwin and kerja kahwin..:). Perkara yang elok dan baik memang digalakkan supaya dihebahkan. Namun bila majlis berlangsung ada ajer hal2 yang kekadang macam tak kena ajer kata orang 'spoil '...biasala tu kan. Yang cuba aku ketengahkan di sini adalah..perkara baik..tapi macam tak kena le.
Aku datanglah satu rumah atas jemputan kahwin ni. Ngam2 ho..pengantin pun sampai. Ok la..perut lapor ni..ambil makanan dan minuman..family semua la kan. Basuh tangan zaman moden ni..jauh jugak lah dari khemah makan. Ok..makan lah menikmati lauk yang ada. Tengah2 makan..tibalah masa makan beradab pasangan pengantin dan kaum keluarga mereka.
Perkara baikla kan..nak makan baca doa..setidak-tidaknya pengajaran untuk anak-anak kita..:). Wah kami makan pengantin pun makan do!!..:). Aduhai doa dibaca kuat guna mikropon le pulak!!. Aku n family tengah makan dan ada lagi la beberapa meja yang tengah layan makan. Aku jadi serba salah. Doa dibaca jelas kuat..ramailah mengaminkan..yang belum makan dan juga ada yang sedang makan turut mengaminkan. Aku ni pulak..dengan otak fikirkan Allah dan Rasul..berkata dalam hati..patut ke tak patut aku stop makan ni. Aminkan doa dengan tangan yang ada kari dan nasi...berminyak2. Nayli tengok aku..'Abah nak doa ke?". Maaf kata la..kerja kahwin le katakan..lalatkan ada..stop makan..kena 'jom singgah' kata lalat ni..:). Aku cakap..'makan ajer lah Nayli'. Kami dua carry on..memang pelik agaknya orang tengok..sebab ramai yang stop makan dengan tangan tak berbasuh lagi. Panjang pulak tu doanya..do!!.
Bagi aku tak patut la baca doa guna mikropon pada majlis macam ni. Memang baik doa tu..tapi mikropon tu patut ke tak patut.?? Kekadang kita ni lupa akan sensitif terhadap agama dan lupa akan tanggungjawab memelihara imej agama tu sendiri..U all rasa

1 comment:

  1. Selain daripada agak sukar nak basuh tangan , terutamanya selepas makan (eg, air dalam teko yang terhad, dll.,), kalau keadaan mengizinkan, saya lebih suka pakai sudu & garpu aje - tapi bukan lah nak ikut orang putih. Jadi bila timbul suasana dilemma macam ni ... kan xde masalah untuk turut join berdoa, wallahualam.

    ReplyDelete