PatutkeTakPatut : Mati...Kubur Masing-Masing!!??

Hari ini kita lihat berbagai musibah berlaku di sana sini. Musibah banjir, tanah runtuh, pengeboman sana sini, kebakaran dan lain-lain lagi. Yang paling menakutkan dan mengerikan adalah kekufuran yang masih berlaku dengan jelas depan mata kita, tidak kiralah ianya kecil ataupun besar. Yang menyedihkan ada yang berpendapat dan terus memutuskan ianya wajar diletakkan dan dipersalahkan kepada pihak2 tertentu sahaja.
Sebagai individu Islam kita sewajarnya menyedari dan bersyukur kita dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW kerana diberi peluang yang luas dan besar untuk beramal atau membuat kebaikan setelah ketiadaan Baginda SAW dan seterusnya menyambung tugas-tugas menyampaikan dan mengingatkan sesama insan. Dan sudah semestinya tanggungjawab itu mencegah keburukan, menyampaikan kebaikan dan menghentikan segala kekufuran. Ini semua tanggungjawab setiap individu muslim dan muslimah yang ada pada hari ini.
Kita masih beranggapan..'mati..kubur masing-masing'. Itu mati. ' Aku dah sembahyang, aku dah puasa, aku dah bayar zakat, aku dah itu dah ini ( perkara baik )'..namun patut ke tak patut di mana di hadapan pengadilan Allah yang kita akan dipersoalkan akan tanggungjawab kita terhadap agama Allah iaitu mencegah kemungkaran, menyampaikan kebaikan dan menghentikan kekufuran..merasakan sudah cukup atau lengkap tanggungjawab kita sebagai seorang muslim atau muslimah.
Patut ke tak patut yang merasakan diri ini telah selamat dihadapan Allah nanti.???
Patut ke tak patut kita hari-hari berulang  berjemaah di masjid sedangkan di hadapan Allah kita disoal akan apa yang telah kita lakukan kepada jiran2 kita yang Islam yang tidak ke masjid..merasakan kita terselamat??
Patut ke tak patut  kita rasa senang dan selamat kerana dapat menyembah Allah sedangkan kita nanti akan dipersoalkan akan tanggungjawab kita terhadap kekufuran jelas depan mata oleh jiran2 kita yang tinggal di negara yang majmuk ini????

5 comments:

  1. sememangnya tanggungjawab kita ini belum selesai lagi

    ReplyDelete
  2. maka usaha2 oleh mereka dijalan Allah janganlah kita halang dan masyarakat harus sedar akan hal ini

    ReplyDelete
  3. kita sepatutnya risau akan jiran2 kita yang tidak mengimarahkan masjid. kita perlu ada rasa hendak mengajak sama2 beramal.

    ReplyDelete
  4. rasanya jiran kita beragama lain tahu apa itu Islam..dan msg Islam rasanya sudah mereka sedia maklum.

    ReplyDelete
  5. Terlintas di hati & fikiran saya bahawa setiap ketua akan di tanya oleh Allah SWT akan kepimpinannya - dari Presiden, Perdana Menteri , dan seterusnya, hinggalah kepada suami/bapa sebagai ketua keluarga ... memang berat melaksanakan amanah ini. Masing2 akan cuba menyelamatkan diri mereka - sungguh menggerunkan!

    Memang agak sukar nak ajak jiran mengimarahkan surau/masjid - isu yang amat sensitif. Namun, jika ada pengetahuan dan kesedaran tentang wajibnya dan betapa besarnya ganjaran berjemaah, mungkin isu tak gi surau/masjid ini tidak akan timbul, wallahualam. Ini lebih merupakan pesanan utk diri sendiri !

    ReplyDelete