PatutKeTakpatut: Kelas Agama Tak Miss..Persembahan Pada Allah Miss??


Gambar-Gambar Sekadar Hiasan

Pada zaman ini, perkembangan ilmu seiring dengan perkembangan politik dan ekonomi. Islam amat menuntut agar umatnya menuntut ilmu dan seterusnya mengamalkannya dan maksud di sini ilmu yang berfaedah yang mana akhirnya ilmu yang berfaedah ini menjadi bekalan diakhirat ini sebagai amal jariah yang berpanjangan sekiranya penyampai atau pemberi ilmu sudah tiada satu hari nanti.
Dalam beramal, kita perlu mencari ilmu agar amalan kita diperbaiki dan ditingkatkan supaya menjadi lebih cantik dan menarik di sisi Allah. Ada ustaz berkata..'mudah-mudahan ilmu yang kita dapat pada hari ini akan perbaiki cara solah kita setidak-tidaknya sebagai contoh perbandingan... ilmu kita dapat semasa di darjah satu dan ilmu yang kita dapat semasa umur kita 40 tahun...insyaallah'. Maka pelbagai kitab digunakan dalam mencari kesempurnaan tingkatan amalan untuk kita persembahkan pada Allah...pasti!!.
Namun adakah patut ke tak patut..tiap-tiap minggu kelas dihadiri..jika orang lain tidak hadir maka dikatakan orang itu rugi tetapi pada masa yang sama ilmu yang diperolehi langsung tidak diamalkan untuk perbaiki amalan diri.
Patut ke tak patut dalam mencari kesempurnaan untuk persembahkan pada Allah dalam solat..disampaikan ilmu tersebut..dengar dan lihat dalam majlis ilmu..namun masih jua tidak mahu mengamalkan dalam solat sebenar. Terutama dalam perkara sunat. Bila ditanya mengapa tidak amalkan masih sama ajer...alah! sunat!. Patut ke tak patut ilmu yang dicari dan diperolehi namun tidak diamalkan???

6 comments:

  1. susah la nak cakap bende ni....

    ReplyDelete
  2. hendaknya ilmu yg dipelajari itu diamalkan kerana ianya akan jadi salah satu pertanyaan @ soalan di hadapan Allah kelak.

    ReplyDelete
  3. Guna ilmu untuk beramal...dengan ilmu yang bertambah tapi tak diamalkan..takut Allah tak suka

    ReplyDelete
  4. zihaniza...kenapa pulak susah??...:)

    ReplyDelete
  5. mkcik ruby..betul tu..tapi ramai lagi yang tak menyedarinya.

    ReplyDelete
  6. biar sedikit tapi ianya kekal dan berterusan..kan begitu Mr kitaro...:)

    ReplyDelete