PatutKeTakpatut: Gunung Ledang Johor Sedang Mengalami Kecacatan Kekal??

Pandangan Sawah Padi Berlatarbelakangkan Gunung Ledang

Pandangan Gunung Ledang dicacatkan Tarahan/Runtuhan

Kecacatan Gambar Jelas Berlatarbelakangkan Gunung Ledang

Saudara saudari ku, gambar ini ku ambil di kampung ibubapa ku di Sawah Ring. Kawasan ini popular di kalangan pasangan pengantin untuk diambil photo mereka sebagai kenangan seumur hidup mereka. Ia terletak di kawasan Ledang dan mengambil masa 40 minit memandu dari bandar Muar. Ianya pemandangan semulajadi yang amat cantik kerana ia berlatarbelakangkan Puncak Gunung Ledang yang tersimpan lagenda dan mitosnya tersendiri.
Cuma...masa aku kecil..gunung ini 'clean'..tiada tompokan. Namun sejak beberapa lalu ada kesan terokan ka @ runtuhan yang semakin lama semakin membesar sehingga jelas seperti dalam photo di atas dan bagi diriku ia amat membimbangkan. Kalau gambar anak2 itu jelas di sebelah kanak2 yang memakai tudung itu.
Pastinya aku berasa sedih dan kecewa dengan keadaan ini melihat ciptaan Allah ini 'diconteng' (andainya) oleh mereka yang aku rasa lupa akan fungsi gunung diciptakan Allah di muka bumi ini.
Patut ke tak patut satu tindakan diambil bagi mengatasi masalah ini? Bagi ku..ia satu perkosaan yang amat sedih terhadap alam semulajadi seandainya tangan manusia yang lakukannya. Tolonglah kerana kawasan 'tompokan' ini semakin membesar...:(

4 comments:

  1. baru ini terperasan 'tompokan',,,itu. Tinadakan pemantauan perlu dilakukan segera.

    ReplyDelete
  2. sememangnya tindakan dari pihak berwajib perlu disegerakan.

    ReplyDelete
  3. exhibitor..kalau lalu semasa cuaca cerah lagi bertmbah jelas ( kecacatan ) itu!

    ReplyDelete